Setelah sekian lama blog aku ni mengalami beberapa masalah yang tidak terduga, kini aku kembali menulis..benarlah kata orang laman web tu diistilahkan sebagai laman sesawang..memang bersawang blog aku ni..
Dengan kelahiran semula blog ni, aku dah membuat satu keputusan iaitu akan aku jadikan blog ini sebagai satu blog bebas tanpa aku perlu fokus pada satu-satu niche..Segala isi kandungan blog aku ni..akan berkisar kepada apa juga yang terlintas untuk aku menulis asalkan kandungan ini masih dikategorikan sebagai “untuk bacaan umum”..hek3
Jadi sebagai permulaan kepada sesuatu yang baru ini, aku akan menulis sedikit tentang ‘facebook’.. kisah dah basi daa.. Mungkin inilah tanggapan anda budimankan.. tapi biarlah aku bercerita dari sudut berbeza.. sebelum tu ingin aku bertanya,, korang ada berapa akaun Facebook? satu je ke? or banyak.. jangan tipu yek..huk3 .Aku sendiri ada beberapa akaun di Facebook, juga ada group dan juga ada fanpage… semuanya bermula kerana teruja melihat kuasa viral Facebook ni.. kerana kuasanya memang diluar batasan dan kesannya hebat.. paling utama semuanya PERCUMA!!! Namun dalam keghairahan tersebut, aku telah berjumpa dengan pelbagai manusia. Ironinya semuanya berbeza mengikut akaun.. Salah satu akaun aku yang mempunyai niche ‘buat duit’, aku telah berjumpa dengan semua rakan yang mempunyai minat yang sama. Namun ada beberapa akaun aku yang sengaja aku create untuk melihat rencam hidup manusia, aku dapati ramai manusia yang dengan sewenang-wenangnya berbicara dan menghantar gambar2 yang aku rasakan di luar anggapan aku selama ini. Kini aku sedar bahawa ramai diluar sana sudah jauh dari pegangan agama. Berbangga dengan melakukan kesalahan dan kadang kala berbangga juga menyatakan dirinya Islam sedangkan tidak mengamalkan ajaran Islam ..
Kesimpulannya sebelum anda mengembangkan akaun anda, pastikan juga apakah tujuan anda sebenarnya. Berfacebook bukanlah satu kesalahan, kerana semua tahu bahawa yang menjadi kesalahan adalah orang yang menggunakannya so berfikirlah dahulu sebelum menulis atau menghantar gambar2 anda untuk ditonton di facebook.. – Aku dan Sesuatu……
ki


There are no responses yet